Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)
Adalah dimaklumkan bahawa penarafan bintang menggunakan Instrument Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS) secara on-line untuk semua sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 Julai 2010 hingga 30 Ogos 2010
Tempat : Semua Sekolah Negeri Kedah
Maklumat lanjut atau bantuan berkaitan penarafan, sila dapatkan bantuan dari Pegawai PKG kelompok sekolah masing-masing atau muat turun Panduan Mengisi SSQS.
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS)
Pengumpulan Data Bil 2/2010 akan diadakan pada 20 Jun 2010 hingga 9 Julai 2010. Guru yang bertanggungjawab diharap dapat bersedia agar tidak berlaku sebarang kelewatan.
Aplikasi SPPICTS boleh diakses melalui URL berikut:
Sebarang masalah sila hubungi PKG kelompok bagi mendapatkan bantuan.
Penyelenggaraan Peralatan ICT
Kepada sekolah-sekolah kelompok PKG Telok Kechai, sila lakukan pemeriksaan ke atas peralatan ICT sekolah (dapatkan bantuan juruteknik PKG melalui STS) yang mengalami masalah. Bagi peralatan yang perlu diselenggara, sila isi borang yang tersenarai di bawah beserta salinan daftar harta modal yang disahkan. Borang tersebut hendakah diserahkan ke PKG Telok Kechai.
Panduan Proses Kerja i-NilamSebarang masalah dalam pengisian i-Nilam, sila hubungi Pegawai PKG atau muatturun panduan.
>> Muat Turun Panduan <<
iQ-PSS 2010Penarafan PSS bagi tahun 2010 telah dilaksanakan secara online berkuatkuasa mulai 09-FEB-2010. Masih terdapat beberapa sekolah yang belum membuat penarafan. Guru PSS/GPM diharap dapat memberi kerjasama agar tidak berlaku sebarang kelawatan.
|
Penyeragaman Waktu Kerja BerperingkatPENYERAGAMAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT BAGI SEMUA AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DI NEGERI-NEGERI YANG HARI REHAT MINGGUANNYA IALAH HARI JUMAAT Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010 ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan kerajaan berhubung dengan penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) bagi semua agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat. KLIK>> Pekeliling <<KLIK
Sistem Automasi PSSPerhatian kepada semua sekolah kelompok PKG Telok Kechai yang belum mempunyai Sistem Automasi PSS. BTPN Kedah telah mengedarkan perisian tersebut ke PKG untuk kegunaan sekolah. CD ini telah diedarkan semasa mesyuarat GPM yang lalu.
|







































